Tuesday 6 December 2016

TRADISI SEPAK TAKRAW

SUKAN SEPAK TAKRAW
12 - 13 November 2016 berjaya ditempuhi oleh kami dalam penganjuran Trio Impian Perangsang Selangor 2016. Untuk Daerah Hulu Langat sebagai edisi kedua sebenarnya agak lari dari perancangan asal iaitu sasaran awalnya ialah menganjurkan acara ini dengan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Namun menyedari apabila semakin ke hujung tahun, tempahan gelanggang semakin rumit kerana banyak sudah ditempah bagi pelbagai acara lain. Maka Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat telah dipilih sebagai lokasi program.



Gelanggang di dewan ini dikendalikan oleh KSTSS - Kelab Sepaktakraw Sungai Sekamat yang mana turut bakal dipilih sebagai gelanggang tumpuan Trio Impian 2016 bagi daerah Hulu Langat. Melihat dari data yang diperolehi, sememangnya daerah Hulu Langat ini tidak kurang dengan bakat dan ini boleh dimantapkan lagi dengan banyak kejohanan yang sering dianjurkan di Lembah Klang adalah di daerah ini.



sumber:bola rotan

No comments:

Post a Comment